10 thn yg lepas, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah dengan nama Allah bahawa tuduhan2 yg dilemparkan kepada beliau oleh Dato Seri Mahathir Mohammad(skrg TUN) adalah suatu FITNAH dan penipuan bertujuan untuk menjatuhkan maruah beliau.
Sekian lama sudah dia melafazkan kalimah sumpah agung di depan ribuan manusia sebagai saksi. Dan menyebut dengan nama Allah dalam sumpahnya. Namun, sehingga hari ini...berapa ramai lagi di antara kita yang terus menerus menutup pintu hati untuk mempercayai hakikat kebenaran itu. Adakah tuduhan2 Tun Mahathir Mohammad lebih besar berbanding sumpah Datuk Seri Anwar Ibrahim bersaksikan ribuan manusia yg dilafazkan dengan nama Allah??? Pernahkah kita mendengar Tun Mahathir melafazkan sumpah sedemikian melainkan tuduhan demi tuduhan kosong yg terus dilemparkan.
Sekiranya anda mempunyai walau sedikit iman di dada, anda akan tahu yg mana benar dan yang mana fitnah. ..Renungkanlah..semoga kita tidak tergolong dalam golongan penyebar fitnah.....