Kes saiful-Anwar merupakan kes mahkamah. Kes yang dimasukkan sebagai kes mahkamah Sivil. Bila dimasukkan ke mahkamah sivil atas laporan dakwaan oleh saiful ke atas anwar yang dituduh anwar meliwatnya, maka sumpah dengan nama Allah tidak relevan bagi mahkamah itu. Sebab bila dakwaan dibuat masuk mahkamah ia akan menjadi kes jenayah. Kes jenayah tidak melayan sumpah dengan nama Allah, maka ia jadi kosong yang tak terpakai di mahkamah. Ia tertolak.

Kedua, bagaimana pandangan Islam ?


Pandangan islam adalah berdasarkan kepada hadis-hadis yang soheh. Orang yang menuduh/ mendakwa (Saiful) menuduh Anwar meliwatnya, dengan sebut sekian-sekian masa dan kat mana.Baik. Mengikut Islam, yang mendakwa, sumpah dengan nama Allah nya tertolak. Yang wajib dilakukan bukan bersumpah, tapi yang wajib dilakukan adalah membawa bukti dan saksi yang adil sebab die menuduh. Orang yang menuduh jangan bawa sumpah, syariat tolak. Haa.. ini syariat Islam. Orang yg menuduh, membawakan sumpah dengan nama Allah bermakna dia jahil, tapi dalam masyarakat yang ramai orang jahil ia dianggap betul. Oleh sebab dunia kita seperti itu ramai orang jahil agama lebih suka kepada sensasi, tak boleh menilai, sumpah dengan nama Allah begitu menarik perhatian. Sedangkan dalam Islam orang yang menuduh, dia tak boleh lagi bersumpah. Dia hanya kena bawa bukti yang sah lagi adil. Maka dengan itu sumpah Saiful itu tak kena dengan prosedur Islam.

Lepas itu sumpah itu boleh pakai ke tak??

Dalam rekod kes jenayah zaman nabi, ada satu kes yang menarik. iaitu kes Lian. iaitu seorang suami nampak isterinya berzina. Ini kes khusus, yang mana suami takde bukti utk mengatakan isterinya berzina, melainkan dengan bersaksikan diri sendiri. Maka dia berjumpa Rasullah dan mengutarakan permasalah tersebut di depan Rasullah. Lantas dengan itu, Rasullah berkata " Sanggupkah engkau bersumpah laknat ?? Lelaki itu jawab .." Aku sanggup... " tanye pula kepada isteri.. " Aku sanggup...". Dua dua sanggup bersumpah laknat. Suami pun bersumpah laknat dengan nama Allah, bahawa andainya dia dusta, laknat Allah ke atas dirinya. Selesai. Kemudian Rasullah kata, "Sekiranya kamu dusta, maka laknat Allah ke atas kamu.. " . Kemudian si Isteri pula. Dia pun juga bersumpah laknat. Selesai. Setelah itu, nabi berkata " Ada salah seorang daripada kamu adalah berdusta...Aku tidak tahu siapa .."

Dalam kes ini mesti sorang betul dan sorang salah.Maka sebab itu, rumusannya, orang bersumpah dengan nama Allah dia juga berbohong berdasarkan kepada Nas ini. Sebab itu adakah kita boleh pegang dengan sumpah saiful yang menampakkan dia ikhlas dan betul betul "betul.."??.. Maka jawabnya berdasarkan kes dan masalah yang telah berlaku zaman nabi, belum tentu die benar..Selesai jawapan saya. Dan anda boleh berpegang dengannya ...

Diolah semula dari kata-kata Dr Daniel Zainal Abidin.

0 comments:

Post a Comment

Design by Abdul Munir lihat cara menggukannya pada Alauddin 3 Column Template.